Sunday, June 14, 2009

Kuliah Subuh bersama Ustaz Halim

Menghayati Islam Sebagai Cara dan Gaya Hidup

Kuliah subuh Ustaz Halim pagi ini Ahad 14 Jun 2009 mengingatkan jemaah akan beberapa perkara yang mengenai kehidupan. Kuliahnya begitu simple dan sangat 'straight to the point'.

1. Kelebihan solat berjemaah di Masjid atau surau memang sudah semua maklum tetapi amat susah untuk di capai.

2. Untuk mengetahui kekuatan atau kemajuan sesebuah presint itu tidak perlu membuat survey dari rumah ke rumah, memadai dilihat sejauh mana surau di tempat tersebut di penuhi pada waktu subuh.

3. Kematian adalah sesuatu yang pasti dirasai oleh semua manusia tanpa pengecualian. Manusia perlu berusaha supaya mendapat mati dalam iman. Ada antara manusia yang amalannya menghampiri syurga tetapi apabila menghampiri saat kematian, ia berlaku disebaliknya. Ada juga manusia yang menghampiri neraka dari segi amalannya tetapi boleh berlaku disebaliknya apabila menghampiri kematian. Semua ini adalah amalan dan cara pengmuhasabah diri dari hari ke hari.

4. Amalan ibadat sepatutnya berubah apabila umur meningkat. Semakin tinggi umur semakin mantap ibadat, semakin baik bacaan dan semakin banyak sujudnya (solat).

5. Dunia adalah sementara yang terlalu banyak membawa kepada kelalaian. Pangkat, harta dan kepuasan hati adalah bersifat sementara.

6. Cabaran semasa sangat hebat. Ustaz menyarankan agar semua sentiasa membuat muhasabah diri - dari mana kita datang, di mana kita sekarang dan kemana kita akan pergi.

No comments:

Post a Comment