Friday, June 19, 2009

Hiburan Sebenar - Khutbah Jumaat 19 Jun 2009

Khutbah Jumaat pada hari ini memberi panduan yang jelas mengenai hiburan yang sebenar.

1.Manusia mempunyai naluri suka kepada kedamaian, ketenangan dan HIBURAN. Hiburan diperlukan ketika hiba, keluh kesah dan sedih. Hiburan menjadi sebahagian dari kehidupan untuk menenangkan jiwa yang kosong dan lara serta hati yang dukacita.

2. Ramai yang menyukai nyanyian, konsert, ke kelab malam dan menari. Amat sedikit memohon keampunan. bermunajat dan bertasbih.

3. Surah Al -Hadid (ayat 20) Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

4. Ramai pihak menolak persembahan nyanyian artis BUKAN kerana menolak hiburan tetapi CORAK hiburan yang melibatkan unsur-unsur HARAM dan MUDARAT lebih banyak dari manafaat.

5.Matlamat tidak menghalalkan CARA. Hiburan yang dicari tidak menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan.

6. Ramai yang masih mencari dimana kedamaian dan ketenangan. ZIKRULLAH adalah ketenangan yang hakiki dan kemuncak segala hiburan.

No comments:

Post a Comment