Thursday, February 4, 2010

Ponteng Solat Jumaat

Surau Al Muhajirin P9 di beri kebenaran untuk dijadikan surau solat Jumaat untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat terutama pelajar sekolah untuk menunaikan Solat Jumaat dengan selesa. Sejak kebelakangan, kemudahan ini tidak di gunakan oleh golongan sasar, mereka didapati melepak di beberap tempat sekitar taman dan surau tanpa bersolat di surau.

Perkara sebegini amat dikesalkan dan diharap masyarakat peka dan perihatin akan perkara ini. Ibubapa, pihak berkuasa sekolah, aktivis masyarakat dan individu diharapkan tampil memberi teguran kepada mereka terlibat.

Sekian. Harap Maklum.

Di bawah ini ada satu email yang dihantar kepada surau....

Assalamualaikum,
1. Pada Jumaat lalu saya terlambat untuk ke Surau Presint 9 untuk solat Jumaat. Alangkah terperanjatnya saya, sewaktu keluar rumah terdapat beberapa kumpulan remaja dan kanak-kanak berkumpul sambil merokok di hujung jalan p9g1/4. Saya kenal beberapa remaja dan kanak-knak tersebut.

2. Secara tegas [sambil menahan marah] saya minta mereka segera ke surau kerana azan telah kedengaran. Ada yang tersenyum dan mula bergerak tetapi sebaik sahaja saya tiada, mereka kembali semula. Saya penuh yakin mereka semua tidak pergi solat jumaat. Isteri saya memaklumkan perlakuan mereka telah lama berlarutan. Yang sedihnya
adik-adik mereka yang masih kecil makin ramai yang terikut-ikut.

3. Sebagai bekas guru, ahli qariah surau presint 9 dan seoarang bapa, saya yakin sesuatu perlu /boleh dilakukan agar mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu bakal membawa bencana.

4. Untuk kepastian sila ke hujung jalan p9g1/4 sebelum masuk waktu solat jumaat.