Monday, September 28, 2009

Mohon Sumbangan

Assalamualaikum,
Dipaparkan pandangan yang diemelkan kepada kami....


Assalamualaikum,

1. Terlebih dahulu diucapkan Selamat berpuasa dan tahniah atas segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Ramadhan di Surau Al-Muhajirin. Semoga usaha tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.
2. Saya hanya ingin mengutarakan masalah “pemohon Sumbangan” pada setiap hari Jumaat oleh dua orang saudara baru dengan alasan untuk bayar kos rawatan kaki. Dahulu asalnya hanya seorang.
3. Secara peribadi saya rasa membenarkan “pemohon sumbangan” itu di Surau Al-Muhajirin kurang tepat. Rasanya telah ada bahagian JAWI yang menguruskan masalah seperti membantu saudara muslimin yang berkeperluan. Amat dikhuatirkan perbuatan tersebut (memohon sumbangan) akan menjadi profesion dan menjadi ikutan.
4. Kalau tidak pun pihak surau hulurkan bantuan “sekali sahaja” kepada pemohon-pemohon sumbangan yang datang.

Mohon dipertimbangkan dan terima kasih atas perhatian yang diberi.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN

ZAINUDIN SELAMAT
016 - 7705352

Saturday, August 22, 2009

Surah Al-Qadr

001. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
002. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
003. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
004. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
005. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Surau Al-Muhajirin Presint 9, Putrajaya mengucapkan Selamat Manjalani Ibadah Berpuasa. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini dapat menambah keimanan kita terhadap Allah S.W.T.

Surah Al-Baqarah:

184. (Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. . Orang yang tidak berdaya berpuasa , wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya , dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

185. Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.

Friday, July 24, 2009

Masjid kaya lupa tanggungjawab,

Terdapat masjid kaya lupa tanggungjawab sosial hasil sumbangan orang ramai atau institusi tertentu tetapi "sebaliknya berbangga mempunyai simpanan beku di bank-bank," kata seorang menteri.

"Mereka berpuas hati dengan sekadar mendapat keuntungan yang diagihkan setiap tahun tetapi tidak tahu menjanakan dana masjid itu.

"Kepimpinan masjid seperti ini tidak mempunyai kemahiran, tidak mengetahui cara membelanjakan dana tersebut untuk faedah masyarakat Islam yang memerlukannya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Changlon malam tadi, lapor Bernama.

Sususlan itu, beliau menyarankan masjid berdana besar menjalankan tanggungjawab sosial dengan mewujudkan program berkembar bagi membantu masjid daif, terutama di luar bandar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri perlu bekerjasama merangka skim pelaburan dana masjid atau
koperasi masjid secara berkesan.

Jamil Khir berkata, kepimpinan masjid memainkan peranan penting dalam mewujudkan keunggulan institusi masjid di samping mendapat sokongan penuh anak kariah terhadap semua aktiviti yang dianjurkan.

Beliau berkata, sebagai institusi yang juga merupakan aset umat Islam yang amat tinggi nilainya, masjid perlu menganjurkan pelbagai program yang boleh menarik kumpulan sasar terutama golongan remaja.

Katanya, institusi masjid perlu merangka program yang bukan sahaja mampu mencerminkan kesesuaian dengan semua golongan masyarakat malah juga selari dengan pemikiran masyarakat itu sendiri.

"Program yang dilaksanakan tidak hanya perlu menumpukan kepada yang berteraskan keagamaan tetapi perlu juga merangkumi program yang mempunyai nilai keduniaan," katanya.

Jul 24, 09 12:28pm

Friday, June 19, 2009

Hiburan Sebenar - Khutbah Jumaat 19 Jun 2009

Khutbah Jumaat pada hari ini memberi panduan yang jelas mengenai hiburan yang sebenar.

1.Manusia mempunyai naluri suka kepada kedamaian, ketenangan dan HIBURAN. Hiburan diperlukan ketika hiba, keluh kesah dan sedih. Hiburan menjadi sebahagian dari kehidupan untuk menenangkan jiwa yang kosong dan lara serta hati yang dukacita.

2. Ramai yang menyukai nyanyian, konsert, ke kelab malam dan menari. Amat sedikit memohon keampunan. bermunajat dan bertasbih.

3. Surah Al -Hadid (ayat 20) Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

4. Ramai pihak menolak persembahan nyanyian artis BUKAN kerana menolak hiburan tetapi CORAK hiburan yang melibatkan unsur-unsur HARAM dan MUDARAT lebih banyak dari manafaat.

5.Matlamat tidak menghalalkan CARA. Hiburan yang dicari tidak menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan.

6. Ramai yang masih mencari dimana kedamaian dan ketenangan. ZIKRULLAH adalah ketenangan yang hakiki dan kemuncak segala hiburan.

Sunday, June 14, 2009

Kuliah Subuh bersama Ustaz Halim

Menghayati Islam Sebagai Cara dan Gaya Hidup

Kuliah subuh Ustaz Halim pagi ini Ahad 14 Jun 2009 mengingatkan jemaah akan beberapa perkara yang mengenai kehidupan. Kuliahnya begitu simple dan sangat 'straight to the point'.

1. Kelebihan solat berjemaah di Masjid atau surau memang sudah semua maklum tetapi amat susah untuk di capai.

2. Untuk mengetahui kekuatan atau kemajuan sesebuah presint itu tidak perlu membuat survey dari rumah ke rumah, memadai dilihat sejauh mana surau di tempat tersebut di penuhi pada waktu subuh.

3. Kematian adalah sesuatu yang pasti dirasai oleh semua manusia tanpa pengecualian. Manusia perlu berusaha supaya mendapat mati dalam iman. Ada antara manusia yang amalannya menghampiri syurga tetapi apabila menghampiri saat kematian, ia berlaku disebaliknya. Ada juga manusia yang menghampiri neraka dari segi amalannya tetapi boleh berlaku disebaliknya apabila menghampiri kematian. Semua ini adalah amalan dan cara pengmuhasabah diri dari hari ke hari.

4. Amalan ibadat sepatutnya berubah apabila umur meningkat. Semakin tinggi umur semakin mantap ibadat, semakin baik bacaan dan semakin banyak sujudnya (solat).

5. Dunia adalah sementara yang terlalu banyak membawa kepada kelalaian. Pangkat, harta dan kepuasan hati adalah bersifat sementara.

6. Cabaran semasa sangat hebat. Ustaz menyarankan agar semua sentiasa membuat muhasabah diri - dari mana kita datang, di mana kita sekarang dan kemana kita akan pergi.

Saturday, June 13, 2009

Kuliah Subuh bersama Ustaz Salleh

Subuh pagi ini (Sabtu Minggu kedua) disusuli dengan ceramah dari Ustaz Salleh, Imam Masjid Putra. Permulan yang sangar baik bagi qariah-qariah Presint 9 dan yang berminat untuk mengikuti kuliah ini.
Tuan Imam memulakan kitab baru, karangan ( akan dimaklum ).

Pagi ini mukadimah adalah mengenai Surah Al-Fatihah....

Friday, June 12, 2009

Riadah - Ping Pong

Surau Al-Muhajirin menyediakan satu meja ping pong bagi yang berminat beriadah dengan aktiviti sedemikian. Bagi yang tidak berminat juga boleh hadir untuk silaturahim sesama qariah kita.

Aktiviti ping pong ini biasanya di adakan pada Jumaat dan Sabtu Selepas Isyak (dalam puluk 9.45 malam). Sila lah hadir untuk kita sama-sama bermain dan bertukar pandangan....

Tuesday, May 26, 2009

Solat Berjemaah

Solat berjemaah ke surau atau ke masjid sangat-sangat dituntut oleh agama dan ia juga melambangkan kekuatan umat Islam secara keseluruhan. Apa yang menyedihkan, tuntutan ini telah mengalami 'kacairan' dalam masyarakat semasa. Kalau difokuskan kepada surau almuhajirin Presint 9, apakah-apakah pengharapan dan juga langkah-langkah perlu diambil supaya kebimbangan yang ada dikalangan pemimpin-pemimpin agama dapat dikongsi secara bersama.

Sememangnya diketahui akan fadhilat berjumaah di surau/masjid tetapi mengapa ia nya menjadi seperti tidak begitu diambil berat? Adakah imej mereka-meraka yang ke surau ini selalu menampakkan ciri-ciri sukar didampingi dan hanya bergaul sesama mereka? Kalau ada individu- individu bermasalah, adakah surau menjadi tempat yang boleh memberi perlindungan/pandangan bernas?

Apa pandangan tuan/puan sendiri yang bersolat ke surau/masjid, apa kah kesan yang boleh dikongsikan bersama....

Gejala SJ

Agak terkini, masalah remaja berkait dengan samseng jalanan (rempit) mendapat perhatian ramai pihak termasuk polis dan JPJ. Ini kerana aktiviti-aktiviti permotoran ini menjadi semakin mengganas dan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk. Putrajaya dan khususnya di presint 9 telah ada bunga-bunga aktiviti ini akan bermula dan kelibat mereka juga telah kelihatan. Apakah pandangan tuan dan langkah-langkah perlu dari pihak surau almuhajirin (bermula dari diri sendiri) untuk memastikan kariah kita bebas dari aktiviti tidak bermoral ini.

Segala pandangan amat dihargai untuk kebaikan bersama...

Monday, April 13, 2009

Renungan Bersama

Imam Bukhori meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya, hampir-hampir dia akan melakukan dosa yang telah jelas (hukumnya)".

Bagi orang yang memandang ringan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak jelas dalam agama, dibimbangi ia mudah melakukan perkara yang telah jelas dilarang.

Sebagai contoh, tabiat suka berbual kosong dalam tempoh yang panjang. Ditakuti ia mula mengumpat dalam perbualan tersebut demi merancakkan lagi suasana dalam perbualan tersebut. Berbual kosong dalam tempoh yang lama tidak jelas hukumnya sedangkan mengumpat sudah jelas hukum larangannya.

Bila sudah terbiasa menghabiskan masa yang panjang dengan perbualan kosong, maka mudah baginya untuk melakukan perkara yang telah jelas haram seperti mengumpat.

Sebagai pengajarannya, jika kita berhadapan dengan perkara yang kita ragui antara boleh atau tak boleh, antara halal ke tidak, eloklah ditinggalkan sahaja sehingga ada bukti kukuh yang mengatakan ia boleh dilakukan.

Sunday, April 12, 2009

Ceramah Bulanan [April 2009]

Penceramah : Ust Zulkifli b Ahmad
Tarikh : 05 Jamadil Awal 1430 30 April 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Mari kita sama-sama menunaikan solat berjemaah, mendengar ceramah sambil mengukuhkan silaratul rahim sesama jiran tetangga dan umat Islam keseluruhannya.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BIL. 1/2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BIL. 1/2009
ANJURAN MASJID PUTRA

Tarikh : 18, 19, 25 & 26 April 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Kuliah 2, Masjid Putra.
Penyertaan : Terbuka kepada seluruh warga Putrajaya dan sekitarnya.

Tuesday, March 31, 2009

Masjid & Cinta

Dari Abu Hurairah r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda :

Maksudnya :
“Secinta-cinta tempat di dalam sesuatu negeri di sisi Allah Taala ialah masjid-masjidnya, dan sebenci-benci tempat di dalam sesuatu negeri itu di sisi Allah ialah pasar-pasarnya!”


Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda

Maksudnya :
” Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu ada pasak-pasaknya, para malaikat menjadi teman mereka, jika mereka tidak hadir para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menzairahi mereka, jika mereka mempunyai keperluan, para malaikat akan membantu mereka.” Bersabda lagi Rasulullah s.a.w.: “Orang yang duduk di masjid berada atas tiga perkara: Saudara yang memberikan faedah, perkataan-perkataan yang mengandungi hikmah atau rahmat yang dinanti-nanti”. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya)

Tuesday, March 17, 2009

Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Muhajirin

Mari kenali AJK surau kita dan ketahui minat dan kecenderungan mereka. Kita cari titik persamaan untuk tingkatkan jaringan sahabat, aktiviti riadah dan ibadat kita.

Pengerusi:
En Md Noor b Othman M: 013 303 9842
E: noor22a@yahoo.com

Timb. Pengerusi:
Tn Hj Zaki b Abd Wahab M: 019 655 0046
E : zakiabdulwahab@gmail.com

Setiausaha:
En Ahmad Radzi b AbdullahM: 017 872 2009
E: radhiabdullah@gmail.com

Bendahari:
En Kamis b Samin M: 016 250 2792
E: kbs_my11@hotmail.com

Ahli Jawatankuasa:
En Abd Nasir b Jelani
En Rozi b Muhammad Yusof E: rmy5770@gmail.com
En Mohd Zainol b Abd Rahman
Tn Hj Yusof b Samidin

Pemeriksa Kira-Kira:
En Nor Azlan b Ahmad Shah E: azlan161@yahoo.com
En Mohd Hanafiah b Mohamad E: hanafiah2u@gmail.com

Thursday, March 12, 2009

Kuliah Maghrib 12 Mac 2009

Tajuk: Ceramah Sempena Maulidul Rasul
Penceramah: Al-Fadhil Ust Dr Abdul Ghafar Don
Latarbelakang: Pensyarah Fakulti Islam UKM

Sama-sama kita hidupkan surau kita dengan solat berjemaah dan mendengar ceramah sempena maulidul rasul. Insya Allah..

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Dr Ghafar di hadiri oleh 25 qariah termasuk 2 saudara baru. Beberapa muslimat dan kanak-kanak juga turut hadir.

Antara intipati ceramah pada malam ini adalah mengajak hadirin berfikir mengenai kehidupan sebagai muslim. Beliau banyak menyentuh soal-soal kehidupan di akhir zaman ini yang penuh dengan cabaran.

Kecenderungan umat Islam masa kini meletakkan Agama tidak ditempat yang sepatutnya semakin menjadi-jadi. Malah harta yang sepatutnya menjadi perkara akhir untuk di beri keutamaan telah menjadi subjek utama pada masa kini.

Segala nikmat dan hidayah Allah tidak begitu disyukuri oleh umat masa kini.....

(Surau mengalu-alukan sumbangan buah fikiran dan intipati dari setiap kuliah yang dijalankan di surau kita untuk sama-sama kita berkongsi untuk manafaat bersama.)

Monday, March 9, 2009

Ceramah Maulidul Rasul 9 Mac 2009

Tajuk: Ceramah Maulidul Rasul
Penceramah: Al-Fadhil Ust Nasrin bin Muti
Latarbelakang: Imam Masjid Sg Merab Sepang

Subuh berjemaah adalah lambang kekuatan Umat Islam. Sama-sama kita hidupkan surau kita dengan solat berjemaah dan mendengar ceramah sempena maulidul rasul. Insya Allah..


(Surau AL Muhajirin menjemput ahli-ahli Qariah untuk berkongsi pandangan secara ilmiah dalam mana-mana ceramah di anjurkan oleh surau)

Saturday, March 7, 2009

Khutbah Jumaat 9 R'Awal 1403H




6 Mac 2009 (9 Rabiulawal1403) - Qudwah Hasanah

1. Rasulullah S.A.W adalah contoh ikutan terbaik seluruh umat dalam segala aspek kehidupan.

2. Pengorbanan Rasulullah S.A.W semasa hayatnya adalah tanda cinta baginda kepada umat.

3. Sifat sabar dan cekal dituntut untuk diamalkan.

4. Mencontohi Rasulullah S.A.W sebagai qudwah hasanah membuktikan cinta kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Surau Al-Muhajirin

The surau for Presint 9 is designed to capture similar architectural qualities of the Surau at Presint 8 with variations to the open plan concept. The building was inspired by 'Kampung Laut' Mosque at Nilam Puri, Kelantan with its distinctive tiered roof form.

Components of this surau include the Entrance Vestibule, Ancillary Building and the Surau proper. The Ancillary Building comprises Multipurpose Hall, quarters for the Imam & Naqib and the Ablution Area. The surau is located to the North of the site and surrounded by landscaped area. The surau can accommodate approximately 250 worshippers within the main prayer area divided from the verandah by sliding doors, that when fully open will allow maximum natural ventilation. The main prayer area has a high timber ceiling to reflect traditional architecture. The surau compound is not fenced to be in harmony with the surrounding residential area of Presint 9.

The surau has been fully operational since 6 November 2002.