Friday, June 19, 2009

Hiburan Sebenar - Khutbah Jumaat 19 Jun 2009

Khutbah Jumaat pada hari ini memberi panduan yang jelas mengenai hiburan yang sebenar.

1.Manusia mempunyai naluri suka kepada kedamaian, ketenangan dan HIBURAN. Hiburan diperlukan ketika hiba, keluh kesah dan sedih. Hiburan menjadi sebahagian dari kehidupan untuk menenangkan jiwa yang kosong dan lara serta hati yang dukacita.

2. Ramai yang menyukai nyanyian, konsert, ke kelab malam dan menari. Amat sedikit memohon keampunan. bermunajat dan bertasbih.

3. Surah Al -Hadid (ayat 20) Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

4. Ramai pihak menolak persembahan nyanyian artis BUKAN kerana menolak hiburan tetapi CORAK hiburan yang melibatkan unsur-unsur HARAM dan MUDARAT lebih banyak dari manafaat.

5.Matlamat tidak menghalalkan CARA. Hiburan yang dicari tidak menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan.

6. Ramai yang masih mencari dimana kedamaian dan ketenangan. ZIKRULLAH adalah ketenangan yang hakiki dan kemuncak segala hiburan.

Sunday, June 14, 2009

Kuliah Subuh bersama Ustaz Halim

Menghayati Islam Sebagai Cara dan Gaya Hidup

Kuliah subuh Ustaz Halim pagi ini Ahad 14 Jun 2009 mengingatkan jemaah akan beberapa perkara yang mengenai kehidupan. Kuliahnya begitu simple dan sangat 'straight to the point'.

1. Kelebihan solat berjemaah di Masjid atau surau memang sudah semua maklum tetapi amat susah untuk di capai.

2. Untuk mengetahui kekuatan atau kemajuan sesebuah presint itu tidak perlu membuat survey dari rumah ke rumah, memadai dilihat sejauh mana surau di tempat tersebut di penuhi pada waktu subuh.

3. Kematian adalah sesuatu yang pasti dirasai oleh semua manusia tanpa pengecualian. Manusia perlu berusaha supaya mendapat mati dalam iman. Ada antara manusia yang amalannya menghampiri syurga tetapi apabila menghampiri saat kematian, ia berlaku disebaliknya. Ada juga manusia yang menghampiri neraka dari segi amalannya tetapi boleh berlaku disebaliknya apabila menghampiri kematian. Semua ini adalah amalan dan cara pengmuhasabah diri dari hari ke hari.

4. Amalan ibadat sepatutnya berubah apabila umur meningkat. Semakin tinggi umur semakin mantap ibadat, semakin baik bacaan dan semakin banyak sujudnya (solat).

5. Dunia adalah sementara yang terlalu banyak membawa kepada kelalaian. Pangkat, harta dan kepuasan hati adalah bersifat sementara.

6. Cabaran semasa sangat hebat. Ustaz menyarankan agar semua sentiasa membuat muhasabah diri - dari mana kita datang, di mana kita sekarang dan kemana kita akan pergi.

Saturday, June 13, 2009

Kuliah Subuh bersama Ustaz Salleh

Subuh pagi ini (Sabtu Minggu kedua) disusuli dengan ceramah dari Ustaz Salleh, Imam Masjid Putra. Permulan yang sangar baik bagi qariah-qariah Presint 9 dan yang berminat untuk mengikuti kuliah ini.
Tuan Imam memulakan kitab baru, karangan ( akan dimaklum ).

Pagi ini mukadimah adalah mengenai Surah Al-Fatihah....

Friday, June 12, 2009

Riadah - Ping Pong

Surau Al-Muhajirin menyediakan satu meja ping pong bagi yang berminat beriadah dengan aktiviti sedemikian. Bagi yang tidak berminat juga boleh hadir untuk silaturahim sesama qariah kita.

Aktiviti ping pong ini biasanya di adakan pada Jumaat dan Sabtu Selepas Isyak (dalam puluk 9.45 malam). Sila lah hadir untuk kita sama-sama bermain dan bertukar pandangan....