Monday, April 13, 2009

Renungan Bersama

Imam Bukhori meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya, hampir-hampir dia akan melakukan dosa yang telah jelas (hukumnya)".

Bagi orang yang memandang ringan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak jelas dalam agama, dibimbangi ia mudah melakukan perkara yang telah jelas dilarang.

Sebagai contoh, tabiat suka berbual kosong dalam tempoh yang panjang. Ditakuti ia mula mengumpat dalam perbualan tersebut demi merancakkan lagi suasana dalam perbualan tersebut. Berbual kosong dalam tempoh yang lama tidak jelas hukumnya sedangkan mengumpat sudah jelas hukum larangannya.

Bila sudah terbiasa menghabiskan masa yang panjang dengan perbualan kosong, maka mudah baginya untuk melakukan perkara yang telah jelas haram seperti mengumpat.

Sebagai pengajarannya, jika kita berhadapan dengan perkara yang kita ragui antara boleh atau tak boleh, antara halal ke tidak, eloklah ditinggalkan sahaja sehingga ada bukti kukuh yang mengatakan ia boleh dilakukan.

Sunday, April 12, 2009

Ceramah Bulanan [April 2009]

Penceramah : Ust Zulkifli b Ahmad
Tarikh : 05 Jamadil Awal 1430 30 April 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Mari kita sama-sama menunaikan solat berjemaah, mendengar ceramah sambil mengukuhkan silaratul rahim sesama jiran tetangga dan umat Islam keseluruhannya.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BIL. 1/2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH BIL. 1/2009
ANJURAN MASJID PUTRA

Tarikh : 18, 19, 25 & 26 April 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Kuliah 2, Masjid Putra.
Penyertaan : Terbuka kepada seluruh warga Putrajaya dan sekitarnya.